GIVE & TAKE malaysian hardcore punk compilation 2012
Boleh dapatkan cd ini dari Nervhous Records, iaitu record label yang dijaga oleh Nizang dari kugiran Dum Dum Tak. Selain itu boleh dapatkan dalam versi lain di Pissart Records. Boleh juga dapatkan di tenzenmen dan Red Ink intertainment. Dalam cd ini terdapat 22 kugiran diseluruh Malaysia iaitu Toxictoy, Thy Regiment, Mindless Show, Skunkfix, Partimeslover, Dum Dum Tak, Carbon 4' Teen, Nuisance Drilled, T.I.M, Brayok, Mikrobotmen, The Needles, Always Last, Never Found, Perek Kasi Gerek, Soul Savior, Rotten Ruckus, He Libra, Swampy Zombie Fever, Madefake, Geng Gemok Keji, Stick No Bill. Kebanyakan elemen muzik didalam cd ini ialah Punk Rock. Selain itu, ada juga ska seperti Stick No Bill, Hardcore seperti Thy Regiment, ada juga eksperimental seperti He Libra dan Partimelovers. Lagu yang aku suka dalam cd ini ialah Partimelovers-If I Was dan Always Last-Its Not Okay, Its Not Alright. Dapatkan cepat dengan harga RM15.
Black Hole Of Calcutta
Kugiran asal dari negara Amerika Syarikat. Aku dapat kaset ini dari distro tempatan iaitu Seluar Jeans Koyak, boleh cari difacebook dengan berharga rm7. Nak dapat direct dari Sukma Records pun boleh. Dalam kaset ini terdapat 11 lagu. Lagu yang pantas ala-ala Thrashcore dengan elemen suara yang cukup power dan bunyi bunyian instrumen yang agak dark dan sedikit elemen doom memang patut kaset ini didengari berulang-ulang kali. Lagu kegemaran aku dalam kaset ini ialah Collage kids dan Graffiti is Art. Lagu mereka lebih ke politikal dan luahan hati yang agak memberontak. Memang recommended.
|
|
Grand Hotel Paradox "rust"
Atas tanda persahabatan, Chris menghadiahkan CD ini kepada aku dan aku tidak bodek pun okay! Terima kasih banyak banyak Chris. Dia juga kata aku orang yang kedua membuat ulasan untuk CD ini didalam bahasa lain. Dia akan eksperimen dengan google translate selepas ini. Baik, cd ini dihasilkan dengan agak kemas dan elok. Cd ini dimuatkan dengan 8 lagu. Jika anda minat muzik berirama Post-punk, dengan gitar yang diberi injuksi Experimental dan sedikiti elemen Punk Rock, cd ini seharusnya ada didalam koleksi anda. Lirik yang mengisahkan hal-hal peribadi dan politik dengan vokal yang lantang ditambah pula dengan dari segi nyanyian yang agak laju. Boleh dapatkan dengan harga RM10. Boleh muat turun di bandcamp mereka, atau beli terus dari abbreviated records. Lagu yang anda harus dengar ialah Louder Than Lyrics!
The Black Heart Rebellion "monologue"
Kugiran asal dari negara Amerika Syarikat. Rilis ini telah memberi idea untuk penulis menaip semua perkataan di dalam ruangan ini. Jika anda minat Russian Circles, Explosion In The Sky atau Deafheaven. Bolehlah dengar lagu mereka. Muzik Experimental dan Post dengan sedikit eleman hardcore diterapkan kedalam hasil karya mereka. Penulis dapat kaset ini dari Utarid Tapes, jika kalian berminat. Boleh dapatkan kaset ini dari Utarid Tape dengan harga RM7. Power, lagu yang harus kalian dengar ialah Monologue dari rilis ini.
Polar "singularity"
Kugiran dari Kuching, Sarawak. EP ini berbekalkan 5 hasil karya mereka. Muzik mereka seakan akan electronica dan sedikit elemen experimental. Muzik mereka membuat seperti di angkasa, wah metafora betul. Kalau minat muzik seperti Zwan, Smashing Pumpkin, Elestica atau Bjork. Boleh dapat EP mereka terus dari mereka. Harga EP ini ialah RM10 kalian boleh cari mereka laman sesawang Facebook dan taip Polar.
|
|
Last Minute "strike back collection 2002-2007'
Kugiran yang tidak asing lagi diarena scene tempatan. Lagu mereka didalam kaset ini adalah dari rilisan lama mereka, telah dimasterkan? penulis pun tidak tahu. Kerana sound lagu mereka yang agak bersih dan elok. Kaset ini memuatkan lagu mereka yang top seperti Nazi Fuck Off dan Stay True Honesty. Dengan berbekalkan vokal Erin yang garang dengan sedikit elemen comel, kaset ini harus ada didalam koleksi muzik kalian. Boleh dapatkan kaset ini distro tempatan dan terus hubungi mereka di email [email protected] dengan berharga RM6.
The Garrison "subversion"
The Garrison subversion. Album ini aku dapat daripada Yuen Shock and Awe, tapi kalian boleh dapatkan dari Knot Records dengan berharga rm15. Muzik gabungan muzik punk rock dan early reaggea, the garrison cakap. lirik yang berbekalkan isu semasa, dan politikal. Album yang agak hebat bagi aku dan dimuatkan 15 lagu dan lagu terakhir lagu akustik dendangan El Pheng, dapatkan album ini segera! sebelum kehabisan stok!
Coma Regalia "Mixed Manias and Sorrow Songs tape"
Muzik yang agak indah bagi aku, kerana aku minat dengan muzik screamo. lebih enak dipanggil skramz, takut salah anggap. Memuatkan 5 lagu masterpiece mereka. alunan gitar dan jeritan yang agak berirama. Dapat kaset ini daripada Arwith semasa dia hadir ke kuching untuk membuat persembahan bersama kugiran beliau iaitu Second Combat. Dengan artwork yang secara total D.I.Y. Hebat! satu perkataan sahaja boleh diungkapkan betapa ehmm nya kugiran ini. Dapatkan kaset kugiran ini daripada Utarid Tapes dengan berharga RM7.
Gymnastic Skull Whistling "play fast or dont"
Sebuah demo yang agak padu dan sedap dijadikan hidangan untuk pendengar muzik grindcore, powerviolence, dengan sedikit elemen thrash. Boleh dapat kan kaset ini daripada Cactus Distribution atau di distro tempatan. Dengan hanya berbekalkan gitar, drum, dan suara yang nyaring memang cukup hebat. Menceritakan tentang isu sosial dan peribadi. Kaset ini harus ada didalam koleksi gemilang kalian. Harga RM6. Lagu harus didengari ialah Pssst! Hey, That Is Habit, Maybe Its A Syndrome.
Second Combat "count on to survive"
Sebuah kugiran bersalah dari Klang Valley. Dari lagu pertama hingga ke akhir sekali memang menarik minat aku untuk mendengar ia berkali-kali. Jika anda pendengar muzik hardcore punk yang lebih ke Youth of Today, Chain of Strength, atau Mindset? Lp atau Cd terbaru Second Combat ini harus anda dengari. Mereka juga membuat tour satu Malaysia bersama kehadiran rilisan terbaru mereka ini dengan lirik yang politikal dan menceritakan tentang isu semasa di serata global ini. Harga RM10 boleh didapati di distro tempatan kalian. Lagu harus didengari ialah Land Of Aboriginal.
Smallman Volume 2
Zine ini dihasilkan dari bekas penulis zine Bebal. Menceritakan serba sedikit perjalan dia ke venue dan scene tempatan. Menemuramah kugiran Virginia On Duty. Ada juga review cd, kaset, vinyl, zine tempatan dan luar. Agak ringkas dan mudah untuk dibaca. Boleh dapat zine ini dari Bebal Mailorder.